Ultraman Live in Genting 2016


Peminat karakter adiwira terkenal Jepun, ultraman berpeluang menyaksikan persembahan secara langsung superhero-superhero mereka dalam siri Ultraman Live in Genting 2016 'Revenge of Baltan' di Resort World Genting (RWG) di sini pada 5 November ini hingga 2 Januari tahun depan.


Ultraman Live in Genting 2016 Poster


RWG dalam satu kenyataan hari ini berkata, sebanyak dua persembahan Ultraman Live in Genting 2016 akan dibawakan secara langsung setiap hari iaitu pada pukul 4 petang dan 9 malam yang menampilkan 10 ultraman antaranya Ultraman Zero dan Ultraman X bertarung dengan lebih 20 raksasa sepanjang tempoh tersebut.

Katanya, kesemua tiket bagi menyaksikan persembahan Ultraman Live in Genting 2016 berharga RM108, RM88 dan RM68 dan peminat yang membuat tempahan awal berpeluang mendapat diskaun sebanyak 30 peratus bagi ahli Genting Rewards Card manakala diskaun 20 peratus untuk bukan ahli.

"Para peminat ultraman boleh menempah pakej tiket serta bilik mulai sekarang sehingga 2 Januari 2017 di First World Hotel pada harga bermula RM184 seorang.

"Bagi yang datang bersama keluarga pula, anda berpeluang mendapat pakej tiga bilik dengan empat tiket berharga bermula daripada RM288 seorang," kata kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai persembahan Ultraman Live in Genting 2016 'Revenge of Baltan' boleh didapati dengan menghubungi talian 03-27181118 atau layari laman web www.rwgenting.com

Sources from: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_20.htm


Facebook comments:

FIND OUT MORE :


MUST-SEE PICTURES/VIDEOS

FOLLOW US