Resorts World Genting rai 58 anak yatim


Resorts World Genting rai 58 anak yatim


1

ANAK-ANAK yatim dari Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa di sini berkongsi kegembiraan selepas mengunjungi beberapa tempat menarik di Resort World Genting, baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE


KUALA LUMPUR - Sebanyak 58 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh di Titiwangsa di sini diraikan dalam majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Program anjuran Resorts World Genting itu memberi peluang kepada anak-anak yatim merasai pengalaman mengunjungi beberapa tempat menarik di pusat peranginan tersebut.

Antara tempat yang dikunjungi mereka adalah SkyAvenue, Taman Tema Tertutup Skytropolis, serta Snow World.

Naib Presiden Perhubungan Awam dan Komunikasi Resorts World Genting, Katherine Chew berkata, pihaknya turut memberi beg hadiah berisi alat tulis dan makanan selain menyumbangkan keperluan asas kepada rumah mereka pada penghujung lawatan.

“Kami sentiasa mengalu-alukan kedatangan mereka ke sini. Diharapkan kanak-kanak itu berasa gembira sepanjang lawatan sepertimana yang kami rasa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini- UTUSAN ONLINE.

Source: Utusan Online

Facebook comments: