Tahan Sejuk 3 jam 49 Minit dalam suhu -7 di Snow World Genting Highlands


syafiera1

Dulu-dulu memang sangat trendy dengan ice bucket challenge dalam Instagram, but I tak pernah pun nak cuba cabaran tu sebab memang jenis tak suka sejuk-sejuk memandangkan I duduk di iklim cuaca panas dan lembab.. jadi bila tempat sejuk-sejuk ni memang boleh sengal-sengal badan tapi tak tahu kenapa tetiba rasa macam nak joined pula 'Resorts World Genting’s Snow World turns into Antartica for the Sub-Zero Challenge' pada 22 Jun 2019 Sabtu lalu.

Belum lagi cabaran bermula I believed that I hanya mampu bertahan 10 minit je tak mungkin sampai lama-lama sebab takut jadi ais je dalam tu.. tak pun Hypothermia.. but luckily I am still alive kalau tak mesti I didn't do the write up haha..

Sebelum cabaran bermula, Alhamdulillah Genting sposnored makan dulu di Medan Selera, bila nak masuk tempat sejuk-sejuk kena makan makanan macam ni la, berkarbohidrat, banyak tenaga nak guna bila tahan sejuk, huhuhuh.. I ambil Nasi Kukus dengan Kari Kambing dengan harapan membantu lah untuk heat up kan badan waktu dalam Snow World nanti..

Bila benda mencabar pasti ada hadiah.. hadiah yang ditawarkan boleh dikatakan agak menarik juga lah.. sebab I memang target untuk hadiah kat Langkawi tu.. 29 tahun hidup masih tak pernah lagi ke Langkawi.. tu je alasan I... husband agreed je walaupun dia dah 2-3 kali naik Langkawi sebab urusan kerja dia.. haha.. antara hadiah-hadiahnya ialah :

Hadiah Utama
Gold Media Trophy, 3 hari 2 malam di Genting Grand Hotel, The Void & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Kedua
Silver Medal, 3 hari 2 malam di Resorts World Langkawi & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Ketiga
Bronze Medal, 2 hari 1 malam di Awana Hotel & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Hadiah Saguhati x 5 
2 hari 1 malam di First World Hotel & Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

Untuk Semua peserta
Skytropolis Fun Day Pass untuk 2 pax

syafiera2

Sebelum bermulanya cabaran, kami diberi penerangan mengenai 'Rules' bila berada dalam Snow World..

  1. Hanya boleh pakai 1 helai lapisan pakaian sahaja sebab baju sejuk, sarung tangan dan kasut but disediakan.
  2. Kena duduk dalam Snow World selama yang boleh..
  3. Siapa yang duduk paling lama dan orang yang terakhir dikira sebagai pemenang..
  4. Hanya telefon pintar dan power bank je dibenarkan dalam Snow World..
  5. Ambil gambar banyak-banyak dah have fun dalam tu..

syafiera3

Dalam tempoh 45 minit kami diberi pelepasan untuk teroka dulu Snow World di Genting ni.. ada 2 levels.. bawah dan atas... paling best siap ada gelongsor.. yang ni I sempat main.. hehe boleh check I punya IG Post : @syafiera_yamin

https://www.instagram.com/p/BzAoljSg66H/

Haha tak sampai 45 minit dah berpeluk sakan tapi rupanya peluk peluk tak membantu sangat pun : baca cerita un-censored dekat Dato Kee Hua Chee punya Blog entry

Actually I made it duduk dalam tu selama 45 minit ingatkan 10 minit je bertahan.. sebab dalam Snow World ni tepi-tepi tu boleh rasa hangat-hangat sikit lah.. ada lagi Rules... tak boleh masuk dalam Igloo atau masuk bilik haba atau yang seangkatannya, disqualified nanti.. Jadi kitaorang buat macam-macam lah tak nak rasa sejuk, main berlari panjat naik turun tangga... Ariel siap menari lagi dari masuk sampai lah habis.. pergh banyak gila tenaga dia... kalau I dah kaku teruk haha..

Lepas 45 minit tu, Deena masuk, suruh kitaorang duduk setempat dekat bawah laluan angin dan 'aircond' waktu tu memang tak tahan dah, beku dibuatnya.. haha.. tapi macam biasa kitaorang joget-joget sakan konon boleh keep warm.. rupanya makin I gerak makin terasa sejuk tu huhuh...

Awal-awal rasa nak give up sebab yang lain dah take 5 minutes off... I tak nak ambil sebab I tahu kalau I keluar memang tak nak masuk sebab suhu badan berubah-rubah.. sejuk panas sejuk panas no good.. jadi I stay je tak nak ambil 5 minutes off.. sebab suhu badan I dah calculated nak keluarkan haba tahan sejuk tu..

1 jam dah berlalu.. masih bertahan.. kaki 'cramp' tetiba... ingat nak give up husband cakap tahan je la.. dia siap urut urut kaki I bagi darah berjalan ke bawah.. huhuh... Okey lega sikit tapi tak sampai beberapa saat kaki kejang balik tahan sejuk.. memang terasa pergerakan darah tu macam trying hard nak ke kaki.. haha...

Tetap Bertahan sehinggalah 2 jam..

Tapi rakan-rakan influencers bagi sokongan... pena berkala, roti canai traveller, eddy semua nya cakap tahan tahan... Kak Ellie pula jom lah Syafiera kita surrender sama-sama... hahaha...

Akhirnya nak sampai 3 jam juga dalam tu.. Maha I ingat take 5 lepas tu tengok-tengok dia tak masuk dah.. huhuh.. Dato dan rakannya dah keluar awal-awal.. dia membebel dekat we all aiyaaa buat apa la lelama dalam Snow World ni kan... Kak Shamiera dah keluar juga sebab  tak tahan dah kesejukan tu...

I tengok bila yang lain dah keluar, pena berkala tak keluar lagi.. jadi bersemangat nak tunggu lagi dalam tu..

syafiera4

Tapi paling mencabar bila kena buka Jacket.... time tu suhu badan re-calculated balik cari lemak-lemak mana yang boleh keluarkan haba tu.. I tahu dah lemak kat paha I dah mula membeku... sampai ke tulang buntut terasa sakit tu pergh...rasa mencucuk habis... macam nak patah pinggang.. husband suruh duduk.. langsung lah tak nak, lagi duduk lagi sejuk hahaha... lepas tu dia pergi peluk I lagi I marah sebab makin peluk bukan makin suam tapi bertambah sejuk..... jacket dah tak de... memang crampp woo tak boleh bergerak langsung.. kaku terus.. time tu rasa cam nak mati dah.. takut pengsan je dalam tu...

3 jam lebih dah tu, Deena masuk balik dia suruh buka sarung tangan pula.. time tu dah menggeletar dah tengah terfikir mampu ke tidak bertahan... dah la pakai jeans kan nasib baik ada poket.. haa masuk la tangan dalam poket... baru I ingat bila start cabut sarung tangan time tu Kak Ellie dan Kak Shamiera tinggalkan Snow World... sebab tak ada poket.. depa dah tak tahan time tu.. I ingat nak ikut tapi husband cakap tahan je la ahahha... I tahu la lemak dari kebuncitan kat perut dia sangat membantu .. kalau you all tengok husband I, Pena, Roti Canai Traveller, Eddy semua nya badan besar-besar dari I.. time tu tawakkal je boleh ke tidak... hahah masih lagi bertahan.. gigi dah mula ketap ketap bibir menggigil... uish.. haba dalam badan re-calculating tapi banyak kali lah sistem I jadi tak tentu hala cari lemak yang tinggal nak release haba tu...

Finally lepas 3 jam 40 minit macam tu, Deena masuk balik dia kata Snow World dah nak tutup jadi yang tinggal semuanya adalah Winner.... huhuhuh... tapi time tu agak complicated bila yang tinggal dipilih untuk memilih hadiah...

I memang nak sangat Langkawi... Ariel nak hadiah pertama..hahaha time tu we all okey je kasi Ariel hadiah utama sebab dari awal sampai akhir dia menari non-stop hahah salute...

Then lepas keluar... masing-masing tak setuju pula.. jadi guna lah drawing.... huu Alhamdulillah dapat juga hadiah yang kedua... tapi semuanya tetap pemenang sebab sanggup stay lelama dalam Snow World...

Lepas keluar je... habis badan-badan sengal gila merah frostbite semua ada... rasa cam nak pitam dibuatnya...

syafiera5

Kat Genting ni dalam dah sejuk bila kat luar pun sejuk lagi.. huuu.. balik rumah memang confirmed tidur tak bangun bangun hehee...

syafiera6

Apa pun Tahniah pada semua yang berjaya duduk lelama dalam Snow World boleh lah lepas ni hantar jadi askar kat Antartika.. haha...

Congratulations to all winners from Pena Berkala !
Champion
@arielkohthelittlemermaid
The Dancing Queen

First Runner Up
@syafiera_yamin & husband
Sweet Couple

Second Runner Up
@where_is_eddy_rush
Toughest Guy (short sleeve shirt?)

Sebelum kitaorang sahut cabaran, Jumaat sebelum tu media dari TV, News pun ambil cabaran ni, dorang lebih kurang timing we all.. hehehe..

syafiera7

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi + 603 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com

Source: http://www.syafierayamin.com/2019/07/tahan-sejuk-3-jam-49-minit-dalam-suhu-7.html - Syafiera Yamin

Facebook comments: