RWG tawar hadiah Honda Jazz


launching 2

KEVIN (dua dari kanan) bersama Naib Presiden RWG, Massal Clarence Tan (kanan) bergambar bersama Honda Jazz yang bakal dimenangi pelanggan bertuah pada majlis pelancaran kempen itu di Genting Higlands baru-baru ini.  

PELANGGAN bertuah bukan sahaja dapat merehatkan minda dan berhibur di Resort World Genting (RWG), malah anda turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah lumayan sempena kempen Jazzy Wednesdays.

Kempen selama 18 minggu bermula 26 Julai ini telah membuat cabutan pertama pada 3 Julai lalu dan ia akan diadakan secara berterusan sehingga 30 Oktober nanti.

Naib Presiden Hiburan dan Acara RWG, Kevin Tann berkata, hari Rabu dipilih sebagai kempen hari kegembiraan buat pengunjung untuk merebut peluang memenangi kereta berjenama Honda Jazz baharu.

"Kita menjangkakan setiap pengunjung bakal membawa pulang hadiah cabutan bertuah nanti," katanya pada majlis pelancaran kempen tersebut di RWG, Genting Highlands barubaru ini.

Tambahnya, para pelanggan juga berpeluang mendapatkan hadiah lain yang turut ditawarkan seperti telefon pintar jenama Samsung Galaxy S10+, baucar belibelah dan makanan bernilai RM1,000 setiap satu dengan jumlah keseluruhan melebihi RM1.5juta.  

Diskaundanpromosi

"Lebih 85 buah kedai turut menawarkan pelbagai diskaun menarik serta promosi sepanjang kempen berlangsung.

"Malah, hampir 250 kedai makanan dan minuman serta runcit yang berada di SykAvenue, First World Plaza dan Awana SkyCentral turut menyertai kempen itu dan ia sekali gus dapat memberikan peluang kepada pelanggan berbelanja bagi melayakkan mereka memenangi Honda Jazz tersebut," jelasnya.

Mengulas lanjut, Kevin berkata, terdapat beberapa langkah yang perlu diikuti oleh pelanggan bagi melayakkan mereka memenangi hadiah cabutan tersebut.

Ujarnya, setiap pelanggan perlu berbelanja sekurangkurangnya RM100 sehari dengan kad ganjaran Genting bagi memperoleh satu mata.

"Keduanya, mereka perlu mencetak borang undian mingguan dari mana-mana iKiosk dan memasukkan borang ke dalam peti cabutan yang ditempatkan di Hilltop Grocer dan kaunter informasi di SkyAvenue serta Taiko Ramen dan Sakur di Hotel First World Plaza selain kaunter-kaunter yang mempunyai keahlian Genting. Ia boleh dilakukan pada waktu antara pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 petang pada setiap Rabu.

"Pengunjung yang mengundi untuk cabutan tersebut juga perlu hadir di pentas Times Square di SkyAvenue pada pukul 8 malam hari tersebut untuk mendapatkan hadiah lumayan Honda Jazz dan banyak lagi," katanya.

Jelasnya, pengunjung juga layak menyertai cabutan tersebut dengan menggunakan lima borang penyertaan maksimum untuk seminggu. 

Source: Kosmo!

Facebook comments: